Friday, January 7, 2011


PERTANDINGAN MEMANCING H.SELANGOR 2011

30 January · 08:00 - 20:00

KOLAM PANCING D'KALI
KG KUANTAN
Batang Kali, Malaysia


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN MEMANCING
1. Terbuka kepada semua pemancing tempatan dan daerah-daerah lain.
2. setiap peserta dibenarkan menggunakan sebatang joran shj (akan ditandakan) dan Cuma sebentuk mata kail shj.(tambahan joran tidak dibenarkan)
3. penyertaan adalah tidak terhad dan keutamaan diberi kepada kepada yang mendaftar awal.
4. pertandingan akan dimulakan dari pukul 9.00 pagi – 2:00 ptg bagi sesi 1 dan ses...i 2 bermula pukul 3 ptg hingga 8:00 mlm. tiada masa tambahan diberikan.
5. semua ikan yang dipancing mesti disahkan marsyal sebelum dihantar untuk ditimbang. peserta atau rakan dilarang memegang ikan di dalam tangguk sebelum disahkan marsyal. kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan tangkapan dibatalkan.
6. pemenang tempat 1 – 4, dikira dari satu kategori sahaja iaitu berat bagi seekor ikan.Jika seorang peserta mendapat dua ikan terberat, ikan kedua secara automatik akan menduduki tempat keempat.Johan setiap sesi akan bertanding utk merebut hadiah utama
7. setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah utama sahaja tidak termasuk hadiah misteri setiap jam

Hadiah tempat pertama: RM2222 + Hamper
Hadiah tempat kedua: RM555 + Hamper
Hadiah tempat ketiga:RM333 + Hamper
Hadiah tempat ke empat:RM111 + Hamper
Hadiah ke5-10:RM55 + Hamper
Hadiah tempat ke 11-20: Hamper
Turut disediakan hadiah untuk Johan setiap sesi.

8. pemenang hadiah pertama ditentukan dari ikan yang terberat yang di pancing pada sesi 1 dan sesi 2.
9. mata pancing bebas kecuali mata tiga (sembat). mata bom dan rambai boleh digunakan. hanya ikan yang memakan umpan (bol) layak dipertandingkan
10. Mata kail terkena badan, insang dan ekor tidak layak dipertandingkan dan perlu dilepaskan ke kolam.
11. Semua jenis ikan dipertandingkan berdasarkan seekor ikan terberat.
12. pancang hanya boleh dipasang pada jam 9 pagi (ahad). pancang yang dipasang sebelum masa yang ditetapkan akan dicabut urusetia. keselamatan sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
13. peserta yang didapati melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaan serta merta.
14. pihak urusetia berhak membatalkan hasil tangkapan kiranya meragukan atau lewat ditimbang.
15. keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis 15 minit sebelum pertandingan berakhir berserta wang bantahan RM 50.00. wang tidak dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
16. pihak urusetia berhak mengubah syarat-syarat pertandingan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
17. tarikh tutup penyertaan ialah pada 30/1/2011.
18. keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi :
i.h/p: 013-4508536
Atau berhubung terus kepada urusetia pertandingan di:
pusat Tuisyen Rakyat Selangor
No.15A,Tingkat 1,
Jalan Meranti 2,Bandar Utama Batang Kali,44300 Selangor
Tel: 03-60570288

19. Setiap penyertaan mestilah disertakan yuran pendaftaran sebanyak RM50 sahaja(tidak dikembalikan).Bayaran secara tunai sahaja

(Peserta diminta datang awal bersama resit pembayaran sebagai bukti penyertaan)




KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA H. SELANGOR
PADA  26/12/2010 (AHAD)